Friday, August 12, 2011

Spirulina semasa berpuasa

Semasa kita berpuasa kita masih perlu melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sekiranya kita seorang pekerja, kita perlu kekalkan kecergasan fizikal untuk membolehkan kita melakukan aktiviti fizikal mahupun pergerakan biasa, selain perlukan tahap kewaspadaan dan kemampuan berfikir yang optimum untuk meneruskan kerja-kerja harian.
Bagi anak-anak yang berpuasa, kebanyakan daripada mereka berada di bangku sekolah atau sedang belajar, di mana kecerdasan mental dan fizikal sangat penting untuk membolehkan mereka menumpukan kepada pelajaran di dalam kelas mahupun aktiviti luar darjah. Oleh yang demikian, mengekalkan pengambilan makanan yang sihat dan mencukupi sangat penting untuk semua golongan untuk meneruskan aktiviti masing-masing.

Wednesday, August 10, 2011

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Quran

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba ....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu
muka surat setiap juzuk Al-Quran.



Jom sama2 kita belajar...