Tuesday, May 3, 2011

Lelaki Lembut

Pernahkah anda terserempak dengan lelaki yang berperwatakan lembut? Lembut bukan sahaja daripada segi tutur kata, tetapi juga melalui gaya kehidupan seharian mereka. Penampilan diri yang ke arah kewanitaan seperti memakai beg tangan wanita, bersolek dan cenderung bercakap tentang kekacakan lelaki juga merupakan antara ciri-ciri golongan terbabit.
Bercakap mengenai lelaki lembut, ia bukanlah suatu perkara yang baru. Fenomena lelaki lembut sedang berlaku di seluruh dunia dan sejak dari dulu lagi, sudah ada lelaki yang berperwatakan sebegitu. Bukan menafikan kewujudan mereka, malah tiada siapa pun yang mahu ditakdirkan sebegitu. Namun, sama ada ia naluri semula jadi atau sengaja dibuat-buat, ramai yang belum pasti dengan realiti gejala sosial tersebut. Ia merupakan senario atau trend yang kini semakin popular terutamanya di kalangan anak-anak muda. Kurang pasti daripada manakah punca utama datangnya pengaruh tersebut?

No comments: