Friday, October 5, 2012

Belok kiri walaupun lampu merah

Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, peraturan itu yang berkuatkuasakan mulai semalam akan dilaksanakan di jalan-jalan lain di ibu kota jika ia terbukti dapat mengurangkan kesesakan.

Menurutnya, pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau pejalan kaki melintas di hadapan mereka.

"DBKL telah meletakkan papan tanda di kawasan itu bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai peraturan baharu itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan peraturan itu di sini semalam.

Beliau berkata, peraturan itu dilaksanakan berdasarkan garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dengan mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya terutama pejalan kaki.

Sebelum ini, peraturan yang sama telah diperkenalkan di Putrajaya, Kuching dan Kuantan.

Tuesday, September 18, 2012

Hanif Idrus Segmen Terjah

Jom join segmen dari rakan blogger saya ini.
harapan dapat menambahkan follower dan rakan-rakan blogger.
Klik Untuk Join!!!

Thursday, August 23, 2012

MUKJIZATNYA AZAN

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak
.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin ..amin..amin Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,

tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya .


Kepada sahabatku yang dimuliai & dihormati...
Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.....

Thursday, June 21, 2012

Peanut Butter Creamy Harga Runtuh!!

Selamat Sejahtera Kengkawan
 
Kat cini sy ada produk makanan yang nak di let go sangat murah kalau dibandingkan kat market.
Produk nie bukan barangan curi....halal punyer.Nak tahu lebih detail boleh hubungi sy....sbb panjang citer dia...sy tahu produk nie produk makanan kena tahu gak punca dari mana datangnya...yg berminat boleh call dan sy akan jelaskan nanti..
 
Produk : Peanut Butter Creamy
Brand : Jammy
Berat : 340g
Harga Pasaran : RM7.00 ~ 7.50(boleh check kat market)
Harga Kami : RM 6.00 sebotol
                      RM 10.00 untuk 2 botol [Mydin pun x dapat harga nie]
Expire Date : Tahun [2013]
 
Stock sekarang ada: 1440 botol
 
Tolong hebohkan pada kengkawan yang lain
 
Terima kasih
 
 

Monday, April 9, 2012

Wang Baru Dari BNM

SEJURUS wang syiling baru diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak awal tahun ini, mula kedengaran rungutan dan pertanyaan, mengenai penggunaan wang itu di mesin tempat letak kereta, mesin air dan lain-lain.
Ramai juga yang tidak nampak keperluan untuk menukar duit baru.
Jadi mengapa BNM, seperti bank pusat lain, memilih untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas baru?

Monday, March 12, 2012

Iklan jap!

Salam sejahtera semua
 
Kat sini aku nak jual Timing Belt + Oil Seal utk keta Wira 1.5 (masih dalam packing lagi)
Barang nie aku punyer...dulu masa pakai keta Wira plan nak tukar timing belt and the end tukar keta terus.
Harga yg aku tawarkan jauh lebih murah dari kat kedai..buleh survey kalau tak percaya.
Aku bukak harga kat kengkawan lu sebelum aku iklankan kat pasaran mudah.com hehehe...sapa cepat dia punyer
 
Sila PM aku kat no nie: 0196221717
 
Terima Kasih kerana sudi membaca iklan

Thursday, March 1, 2012

Karnival Pendidikan Mara 2012

Karnival Kerjaya MARA 2012 (Zon Selatan) akan diadakan pada 10 & 11 Mac 2012 di MITC, Melaka. Semua Dijemput Hadir.

Antara Aktiviti Yang Menarik:
Pameran Pendidikan IPTA, IPTS tempatan dan luar negara
* Institusi Pendidikan MARA (IPMa )
* Yuran Pengajian PERCUMA di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) terpilih
* Peluang Penajaan dan Pembiayaan Pelajaran MARA untuk calon yang layak
* Elaun Bulanan untuk calon yang layak
* Kaunseling Pendidikan dan Kerjaya
* Pinjaman Pendahuluan untuk calon yang layak
* Permohonan Terus dan Temuduga Terbuka
* Semakan Baki Tunggakan Pinjaman MARA
Diharapkan informasi ini berguna bagi membantu dalam halatuju serta kerjaya calon lepasan peperiksaan awam serta lepasan universiti yang ingin melanjutkan pelajaran ataupun mencari peluang pekerjaan.

Friday, January 13, 2012

Kekayaan Minyak Bantu Merealitikan Taman Ferrari Dunia diAbu Dhabi

Kekayaan United Arab Emirates(UAE) tidak perlu dipersoalkan lagi. Pembangunan pesat yang berlaku di sana ketika ini adalah merupakan yang terpantas di dunia. Sumber kekayaan minyaknya yang membantu dalam membangunkan infrastruktur dan kemajuan yang kadangkalanya tak dijangka sama sekali. Terbaru mereka dalam perancangan untuk membina Taman Ferrari Dunia Abu Dhabi yang dimiliki oleh Aldar Properties PJSC. Apabila siapa nanti, struktur luarannya akan menyerupai bentuk "Alien". Dikatakan akan menjadi menjadi taman hiburan indoor terbesar dan yang pertama di dunia yang pernah dilaksanakan oleh Ferrari. Ia bakal dibuka pada tahun 2010.
Taman Ferrari Dunia Abu Dhabi akan dilengkapi dengan litar yang akan digunakan semasa menjadi tuan rumah Formula 1 Abu Dhabi Grand Prix (Yas Marina Circuit) selain kedai-kedai, hotel, berbagai tarikan, dan apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan "Disney Land". Bercakap tentang Disney Land, Taman Ferrari Dunia Abu Dhabi yang terletak di Pulau Yas antara bandar pantai dan Abu Dhabi dan Dubai, akan merangkumi litar rollercoaster terpantas di dunia. Kelajuannya mampu mencapai lebih daripada 200 km/h (124 mph), kononnya meniru kelajuan F1 Ferrari sebagai penumpang ke atas 62 m melalui bumbung dan turun semula.
Bumbung merah, yang didakwa telah secara langsung mendapat ilhamkan daripada body Ferrari GT, merangkumi keluasan permukaan 200.000 m² (2,15 juta kaki persegi) sementara Emblem "prancing horse" Ferrari yg terkenal itu merangkumi 66 meters (217 feet) diameter..




SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) – Labur RM5000, Setiap Bulan Dapat RM134?

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Jan. Najib berkata skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Thursday, January 12, 2012

Wanita Korban Pertama Denggi Di Selangor

Sebanyak 440 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan pada minggu pertama tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman di sini hari ini.
Beliau berkata, statistik itu menunjukkan peningkatan 26 peratus atau 90 kes berbanding minggu sebelumnya yang tidak mencatatkan kematian.



Petanda Krisis 2014 mula dirasai

Petanda awal krisis bekalan air di Lembah Klang yang dijangka berlaku pada 2014 kini sudah mula menunjukkan tanda-tanda apabila 2.2 juta penduduk di empat kawasan kini menghadapi gangguan bekalan akibat penggunaan melebihi pengeluaran sejak awal tahun ini.



Wednesday, January 11, 2012

Chinese New Year 2012 - Dragon

Although Dragon is the master in 2012, but this period will bring him a lot of problems that need to be addressed on the go. Such confidence of all signs of the zodiacal circle places greater responsibility on Dragon, and he just cannot stay away from affairs, and remain indifferent to common work. A representative of this zodiac sign will be inclined to take upon his mighty shoulders a lot of work, and is at risk of even overestimating his own strength, and not cope with high ambitions and plans. 


Mendulang " Emas Tipu"





JOHOR BAHRU - Jabatan Mineral dan Geosains negeri mengesahkan logam yang disangka emas di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini sebenarnya sejenis mineral tidak berharga yang dikenali sebagai pyrite.
Walaupun ia mempunyai kilauan keemasan, warna pyrite atau juga dikenali sebagai 'emas tipu' akan bertukar hitam jika dileburkan atau selepas menjalani ujian asid.
Pengarahnya, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, pihaknya telah meninjau lokasi penemuan logam tersebut pagi semalam dan membuat kajian terhadap sampel yang diambil dari situ.



Lesen Kenderaan Automatik Mei 2012


Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.
Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak.