Friday, January 13, 2012

Kekayaan Minyak Bantu Merealitikan Taman Ferrari Dunia diAbu Dhabi

Kekayaan United Arab Emirates(UAE) tidak perlu dipersoalkan lagi. Pembangunan pesat yang berlaku di sana ketika ini adalah merupakan yang terpantas di dunia. Sumber kekayaan minyaknya yang membantu dalam membangunkan infrastruktur dan kemajuan yang kadangkalanya tak dijangka sama sekali. Terbaru mereka dalam perancangan untuk membina Taman Ferrari Dunia Abu Dhabi yang dimiliki oleh Aldar Properties PJSC. Apabila siapa nanti, struktur luarannya akan menyerupai bentuk "Alien". Dikatakan akan menjadi menjadi taman hiburan indoor terbesar dan yang pertama di dunia yang pernah dilaksanakan oleh Ferrari. Ia bakal dibuka pada tahun 2010.
Taman Ferrari Dunia Abu Dhabi akan dilengkapi dengan litar yang akan digunakan semasa menjadi tuan rumah Formula 1 Abu Dhabi Grand Prix (Yas Marina Circuit) selain kedai-kedai, hotel, berbagai tarikan, dan apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan "Disney Land". Bercakap tentang Disney Land, Taman Ferrari Dunia Abu Dhabi yang terletak di Pulau Yas antara bandar pantai dan Abu Dhabi dan Dubai, akan merangkumi litar rollercoaster terpantas di dunia. Kelajuannya mampu mencapai lebih daripada 200 km/h (124 mph), kononnya meniru kelajuan F1 Ferrari sebagai penumpang ke atas 62 m melalui bumbung dan turun semula.
Bumbung merah, yang didakwa telah secara langsung mendapat ilhamkan daripada body Ferrari GT, merangkumi keluasan permukaan 200.000 m² (2,15 juta kaki persegi) sementara Emblem "prancing horse" Ferrari yg terkenal itu merangkumi 66 meters (217 feet) diameter..




SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) – Labur RM5000, Setiap Bulan Dapat RM134?

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Jan. Najib berkata skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.

Thursday, January 12, 2012

Wanita Korban Pertama Denggi Di Selangor

Sebanyak 440 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan pada minggu pertama tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman di sini hari ini.
Beliau berkata, statistik itu menunjukkan peningkatan 26 peratus atau 90 kes berbanding minggu sebelumnya yang tidak mencatatkan kematian.



Petanda Krisis 2014 mula dirasai

Petanda awal krisis bekalan air di Lembah Klang yang dijangka berlaku pada 2014 kini sudah mula menunjukkan tanda-tanda apabila 2.2 juta penduduk di empat kawasan kini menghadapi gangguan bekalan akibat penggunaan melebihi pengeluaran sejak awal tahun ini.



Wednesday, January 11, 2012

Chinese New Year 2012 - Dragon

Although Dragon is the master in 2012, but this period will bring him a lot of problems that need to be addressed on the go. Such confidence of all signs of the zodiacal circle places greater responsibility on Dragon, and he just cannot stay away from affairs, and remain indifferent to common work. A representative of this zodiac sign will be inclined to take upon his mighty shoulders a lot of work, and is at risk of even overestimating his own strength, and not cope with high ambitions and plans. 


Mendulang " Emas Tipu"





JOHOR BAHRU - Jabatan Mineral dan Geosains negeri mengesahkan logam yang disangka emas di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini sebenarnya sejenis mineral tidak berharga yang dikenali sebagai pyrite.
Walaupun ia mempunyai kilauan keemasan, warna pyrite atau juga dikenali sebagai 'emas tipu' akan bertukar hitam jika dileburkan atau selepas menjalani ujian asid.
Pengarahnya, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, pihaknya telah meninjau lokasi penemuan logam tersebut pagi semalam dan membuat kajian terhadap sampel yang diambil dari situ.



Lesen Kenderaan Automatik Mei 2012


Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.
Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak.