Kekayaan United Arab Emirates(UAE) tidak perlu dipersoalkan lagi. Pembangunan pesat yang berlaku di sana ketika ini adalah merupakan yang terpantas di dunia. Sumber kekayaan minyaknya yang membantu dalam membangunkan infrastruktur dan kemajuan yang kadangkalanya tak dijangka sama sekali. Terbaru mereka dalam perancangan untuk membina Taman Ferrari Dunia Abu Dhabi yang dimiliki oleh Aldar Properties PJSC. Apabila siapa nanti, struktur luarannya akan menyerupai bentuk "Alien". Dikatakan akan menjadi menjadi taman hiburan indoor terbesar dan yang pertama di dunia yang pernah dilaksanakan oleh Ferrari. Ia bakal dibuka pada tahun 2010.
Taman Ferrari Dunia Abu Dhabi akan dilengkapi dengan litar yang akan digunakan semasa menjadi tuan rumah Formula 1 Abu Dhabi Grand Prix (Yas Marina Circuit) selain kedai-kedai, hotel, berbagai tarikan, dan apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan "Disney Land". Bercakap tentang Disney Land, Taman Ferrari Dunia Abu Dhabi yang terletak di Pulau Yas antara bandar pantai dan Abu Dhabi dan Dubai, akan merangkumi litar rollercoaster terpantas di dunia. Kelajuannya mampu mencapai lebih daripada 200 km/h (124 mph), kononnya meniru kelajuan F1 Ferrari sebagai penumpang ke atas 62 m melalui bumbung dan turun semula.
Bumbung merah, yang didakwa telah secara langsung mendapat ilhamkan daripada body Ferrari GT, merangkumi keluasan permukaan 200.000 m² (2,15 juta kaki persegi) sementara Emblem "prancing horse" Ferrari yg terkenal itu merangkumi 66 meters (217 feet) diameter..
1 comment:
hai datang singgah
Post a Comment