Orang China ni bukan sahaja pandai membuat pelbagai barang tiruan malah bahan makanan juga termasuk telur dan daging. Yang utama ialah untung, tidak peduli apa kesannya kepada pengguna. Memandangkan semuanya tidak memberikan kesan sampingan pada kadar segera dan hanya terjadi pada jangka masa panjang, mereka tidak takut untuk melakukannya. Atas dasar mengaut untung sebanyak-banyaknya dalam perniagaan mereka sanggup melakukan apa sahaja, mereka terus berenovasi mencipta sesuatu yang baru. Mereka berjaya membuat telur tiruan malah lebih menarik mereka berjaya menukarkan daging babi menjadi daging lembu yang dinamakan "daging lembu tiruan".
Di sana (negara China), harga daging lembu dua kali lebih mahal daripada daging babi. Jadi mereka mengambil langkah membuat tipu-helah dengan menjadikan daging babi seolah-olah daging lembu. Dalam masa 90 minit sahaja, daging babi yang digoreng akan menjadi "sesedap" daging lembu. ... Mahukah anda mencubanya?
Macam mana mereka buat? Mereka menggunakan "beef extract" yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan .... terjadilah sesuatu keajaiban dimana daging babi yang dihidang itu telah berubah rasa seenak daging lembu. Mudah kan? Adakah peniaga di negara kita juga akan mengekspot teknologi ini untuk menjana keuntungan lumayan? Atau lebih mudah mengekspot daging babi tersebut kerana ianya murah di China. Andai kata ia berlaku, amatlah malang bagi kita semua umat Islam yang sedang menghadapi bencana serangan mental, jiga bakal diserang dalam bidang bahan permakanan. Ini tak termasuk mempopularkan coca-cola dan McD yang amat diragui kehalalannya.
Malaysia juga terkenal pengeluar babi terbesar di Asia Tenggara (memalukan sebagai sebuah negara Islam), tentu sekali tidak menjadi masalah untuk mereka (yang membenci Islam) melakukan pengkhianatan tersebut. Sudahkah anda bersedia?
Buat waktu ini adalah lebih selamat jika tidak membeli daging lembu yang tidak diketahui sumbernya. Jauhi pembelian daging impot walaupun ia murah. Jika kita sendiri yang membelinya, mungkin kita mampu mengelaknya. Bagaimana pula dengan jamuan kenduri atau majlis keramaian? ... Inilah yang menjadi masalah besar kerana penguasaha makanan hanya memikirkan untung (bahan termurah) untuk menyediakan makanan. Adakah kita akan terselamat dari termakan daging babi? Cuba fikirkan.
Cuba lihat kesannya kepada kita bila kita memakan makanan bertaraf najis terutama najis berat sedemikian. Amat memudaratkan terutama dari segi keagamaan. Makan makanan dari sumber haiwan yang tidak disembelih dengan betul sudah dianggap memakan bangkai, inikan pula memakan daging babi. Iman akan mengelonsor ke tahap yang amat buruk!
Dari maklumat yang diperolehi, sukar membezakan antara daging "tiruan" a.k.a. babi yang diubah ini dengan daging lembu sebenar jika dilihat dari sudud fizikalnya. Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Malah dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan cancer. Asalkan boleh membuat wang, peduli apa yang akan dihadapi oleh pemakannya!
Persoalannya, siapakah yang akan dipertanggung jawabkan untuk menyelamatkan umat Islam Malaysia dari bencana seperti ini yang semakin hari semakin melarat? Adakah ia hanya tanggung jawab individu semata-mata - untuk menghindarinya, bagaimana pula keadaannya mereka yang tidak mengetahuinya? Beribu jenis bahan makanan yang ada dalam pasaran negara kita dan semuanya digunakan oleh orang ramai termasuk orang Islam. Cuba renungkan, siapakah yang bertanggung jawab? Tentunya jawapan mudah ialah "kerajaan" termasuk majlis ulama dan majlis agama Islam!
Kerajaan sebagai pemerintah yang sering menslogankan "negara Islam" didapati tidak mampu membangunkan sebuah badan yang khusus menjaga hal ehwal makanan Islam/halal di negara ini. Ini amat menyedihkan. Teknologi Makanan sudah semakin maju, terdapat ramai saintis dalam bidang ini dan sudah ada yang mempunyai Dr phd dan bergelar pakar, malangnya mereka tidak dapat digabungkan bagi membantu memuktamadkan kajian berkaitan sumber makanan halal. Sekurang-kurangnya umat Islam akan terasa terbela jika langkah membangun infrastruktur ini dilakukan.
Sampai masanya sebuah badan bertaraf nasional ditubuhkan sekurang-kurangnya setaraf "Badan Berkanun" bagi menyelamatkan umat Islam negara ini dari menjadi mangsa manusia keparat yang hanya hidup di atas kemungkaran malah sanggup membuat tipuan menjadikan makanan "haram" bertukar kepada "halal".
Kita mengaku sebagai negara Islam, apakah layak disebut sedemikian jika tidak berusaha menyelamatkan umat Islam dari termakan najis? Persoalannya, sehingga kini belum ada usaha menubuhkan badan khas mengkaji halal/haram makanan Malaysia. Amat memalukan.
No comments:
Post a Comment