Wednesday, May 11, 2011

Anak-Anak Obesiti.Siapakah yang Bersalah?




Rasanya semua dah tahu pasal baru baru ini penjualan Nasi lemak yang mendapat larangan untuk dijual di kantin-kantin sekolah kerana dikatakan punca utama anak-anak menjadi obesiti.Siapa punya idea ni?

Bagi aku memang tidak berapa bersetuju dengan tindakan mengenakan larangan terhadap penjualan nasi lemak di sekolah.Tetapi aku lebih tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa nasi lemak di kantin sekolah adalah punca obesiti.Bagi aku, ia adalah tesis mengarut yang menyalahkan penjualan nasi lemak di kantin adalah salah satu punca kanak kanak obesiti.
Pada pendapat aku, makanan segera yang dijual di luar sekolah lebih membahayakan dan terbukti diantara menjadi punca utama anak-anak menjadi obesiti.Bukan hanya kerana Nasi Lemak.Sikap ibu-bapa yang tidak menjaga pemakanan anak-anak yang sebenarnya menjadi pendorong anak-anak tersebut menggilai makanan segera.
Disebabkan sibuk dengan kerja, ibu bapa terlepas pandang aspek pemakanan sihat dan menyebabkan anak-anak terdorong menikmati makanan segera dan tidak berkhasiat yang mempunyai tahap kolesterol dan kalori tinggi.Ibu bapa sepatutnya prihatin mengenai pemakanan kanak-kanak sama seperti mereka mengambil berat terhadap pencapaian akademik.

No comments: