Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda,
yang
bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka
ia
dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang
gembira
kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya
harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana
senyuman akan
mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki
suami ketika
pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan
kemarahan suami, malahan
menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah
itu berkekalan hingga
isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta
memohon keampunan
daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak
pada keredaan suami. Justeru, apabila
suami pulang segeralah bukakan pintu,
persilakan masuk dengan penuh hormat
dan ciumlah tangan suami sebagai tanda
hormat serta meminta maaf,walaupun
isteri merasakan tidak berbuat sebarang
kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang
suami bersalaman dengan
isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah
jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk
selalu bersalaman dengan
ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan
hormat anak-anak kepada
orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak
pada akhlak dan budi pekerti isteri.
Biarpun seorang isteri itu tidak cantik
tapi jika cukup sempurna layanannya
terhadap suami dan berakhlak pula, tentu
ia akan menjadi penghibur dalam
rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri,
hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri
yang solehah, yang
bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda,
yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk
seorang isteri yang
berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara,
ikan-ikan di air dan
malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan
suaminya."
Jika
seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari
keredhaan
Allah melalui keredhaan suami.
============ ========= ========= =========
========= ========= ========= ====
= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara
:
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir
kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, dan
dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang
memiliki mu."
No comments:
Post a Comment