Wednesday, April 6, 2011

Laman Hidayah-Ketam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته٬
KETAM

Daripada Usamah bin Zaid bahawa beliau pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Pada Hari Kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya: “Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab: “Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Pengajaran daripada maksud hadith:

  • Allah s.w.t menjadikan semua makhluk tanpa sia-sia untuk diperhatikan dan diambil manfaat termasuk pengajaran sebagaimana tajuk pilihan.
  • Berlindunglah kita agar kita tidak menjadi atau termasuk dalam golongan manusia yang malang berkenaan.
  • Amat penting kita mempunyai prinsip yang selari dengan kehendak pencipta kita, disamping berusaha mengekalkannya dalam apa jua situasi dan kondisi.
  • Menasihatkan seseorang untuk mengubah kebiasaan yang buruk amat sukar, tetapi mengamalkan apa yang kita sendiri nasihatkan tersebut adalah lebih mencabar dan teramat sukar. Ia memerlukan kekuatan ilmu disamping memohon bantuan daripada Allah s.w.t  dengan berdoa.
  • Istilah seperti ‘Cakap tak serupa bikin’, ‘Hipokrit’, ‘Talam dua muka’ dan sebagainya tercerna dari gagalnya kita beramal atau beriman dengan hadith ini.
  • Usaha nasihat menasihati amat penting dan sangat mulia di sisi agama serta mesti diteruskan walau apa pun cabarannya, semoga dengannya kita sendiri akan sentiasa mendapat manfaat dan peringatan serta berupaya melaksanakannya dahulu.

No comments: