Wednesday, April 6, 2011

Laman Hidayah- Harta

           السلام عليكم ورحمة الله وبركاته٬
HARTA 
  • Harta dari segi bahasa menurut pendapat Ulama bermaksud sesuatu yang benar-benar dimiliki dan dikawal oleh seseorang, sama ada boleh dilihat atau tidak boleh dilihat.
  • Manakala, menurut pengertian istilah harta ialah setiap sesuatu yang  berharga (bernilai) yang jika dirosakkan maka orang yang merosakkan itu mestilah membayar ganti rugi.
  • Pengertian dari segi istilah inilah yang telah diguna pakai dalam kitab-kitab rujukan perundangan Islam masyhur di kebanyakan negara arab. Manakala di Malaysia, menurut Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, harta bermaksud barang-barang berharga seperti rumah, tanah & sebagainya yang dipunyai oleh seseorang.  
  • Secara umum, harta boleh diklasifikasikan sebagai harta yang boleh dilihat atau boleh disentuh fizikalnya dan harta yang tidak boleh dilihat atau tidak boleh disentuh fizikalnya : -
  • Harta yang boleh dilihat atau boleh disentuh fizikalnya adalah harta yang boleh dilihat dengan mata kasar atau boleh dirasa keadaan fizikalnya seperti kereta, bangunan, barang perhiasan, wang dan sebagainya.
  • Harta yang tidak boleh dilihat atau disentuh fizikalnya adalah merujuk kepada harta yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar atau dirasa keadaan fizikalnya namun dengan ‘kewujudannya’ membolehkan seseorang itu memperolehi faedah atau manfaat. Contohnya adalah seperti kepakaran membaiki kereta, kepakaran hiasan dalaman bangunan, kepakaran dalam ilmu kewangan Islam, kemahiran dalam permainan bola sepak dan sebagainya.
  • Sebagai tambahan, harta juga boleh dipindah milik secara sah seperti melalui jual beli, sewa, Hibah, Wasiat, Faraid dan sebagainya.

No comments: