السلام عليكم ورحمة الله وبركاته٬
Harta Bernilai Dan Harta Tak Bernilai
- Harta Bernilai (Al-Mutaqawwam) ialah harta yang dimiliki secara sah dan penggunaannya dibenarkan di dalam Islam seperti wang simpanan, kenderaan, rumah dan sebagainya.
- Harta tidak bernilai (Ghair Al-Mutaqawwam) ialah harta yang dimiliki TIDAK secara sah dan penggunaanya tidak dibenarkan di dalam Islam seperti wang hasil rompakan dan judi, kenderaan curi, arak, dadah dan semua perkara yang diharamkan dalam Islam.
- Namun demikian, Harta yang tidak bernilai bagi orang Islam, boleh menjadi harta bernilai bagi orang bukan Islam. Sebagai contoh arak, ternakan babi dan sebagainya.
- Harta yang bernilai adalah dibenarkan terlibat dalam semua jenis kontrak seperti jual beli, sewaan, wasiat dan sebagainya. Namun demikian, harta yang tidak bernilai tidak dibenarkan untuk terlibat dalam apa jua jenis kontrak.
- Begitu juga dengan ganti rugi, harta bernilai atau yang tidak bernilai perlu dikenakan ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan oleh orang yang merosakkannya kecuali harta yang tidak bernilai yang dimiliki oleh orang Islam.
- Harta juga terbahagi kepada harta alih (al-Manqul) dan juga harta tidak alih (al-'Aqar). Apakah maksud harta-harta tersebut ? ketahuinya pada keluaran yang akan datang.
Lestarikan Ilmu demi kelestarian diri.
No comments:
Post a Comment