Sunday, April 3, 2011

Aku, Maydin dan Battery

Citer dia camni....battery AA stock kat kedai dah nak habis..battery nie biasanya aku memang bagi percuma pada customer yang beli mainan dikedai aku...amal jariahlah katakan hahaha...
Sampai di Maydin dekat Melaka Central lebih kurang 3.45pm..aku terus ke kuanter sebelah depan pintu masuk sebelah kanan..
Ada seorang perempuan yang jaga kuanter kat situ.Aku pun terus cakap dengan dia nak beli battery AA 5 kotak..Dengan muka hairan budak perempuan tu pun cakap "Kat sini tak ada jual harga borong biasanya jual dengan harga satu-satu" kata dia.
Aku pun hairan sebab sebelum nie aku pernah beli kat kuanter yang sama jugak cuma staff yang jaga kat situ ajer yang lain....aku beritahu dia sebelum nie tak ada masaalah pun...
Dia pun terus talifon penyelia dia suruh datang..hampir 10 minit jugaklah aku tunggu kat situ...nasib baiklah ada pengawal Maydin yg agak cantek layan berbual ngan aku...nak harapkan budak kuanter tu senyum pun tak ada...At last budak kuanter tu tengok dia punya penyelia tak sampai....dia terus capai 5 kotak battery yang aku nak dan terus scan harga dia... kalau sekotak harga borong rm5.90 x 5kotak jumlah 29.90 ..dalam masa dia scan kotak yang ke-4...peyelia dia pun sampai dan teru dia kata "OK" yang penting boleh scan harga dia.

Kesimpulan citer nie...sekiranya perkara yang kita tidak berapa pasti kedudukan dia...janganlah kita buat keputusan sebarangan....dan tindakan itu boleh menyebabkan kemarahan orang...hehehe

No comments: