Wednesday, April 13, 2011

Lawak-Keputusan Seorang Ayah....

Keputusan seorang ayah...
Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila  mengetahui anak perempuan mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah,  sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le  mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah  berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi  salam lalu masuk kerumah.

Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah  perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang

telah  menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi  anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap  bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang  bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah  banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan  wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya  sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le  lagi."

No comments: