Wednesday, April 6, 2011

Laman Hidayah-Selamat Tinggal Syaaban(6Ogos10/25Syaaban1431)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته٬
Selamat Tinggal Syaaban-25 Syaaban1431

Daripada Imran Bin Husain r.a: Nabi s.a.w telah bersabda kepadaku: Adakah kamu berpuasa pada pertengahan bulan Syaaban? Aku menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Kalau begitu, berpuasalah selama dua hari. (Riwayat Imam Muslim).

Pengajaran daripada maksud hadith:
  • Sikap seorang mukmin yang sejati apabila mereka mendengar pengajaran dari Quran atau Hadith ialah mereka akan merasa setiap perkataan tersebut ditujukan kepada diri mereka sendiri.
  • Peribadi hebat Baginda s.a.w, antaranya beliau sentiasa ingat mengingati sesama rakan untuk ketaatan dan kebajikan berbanding kelaziman kita yang sering bertanya tentang makan sahaja ketika berjumpa.
  • Nilai sebenar seorang sahabat ialah apabila mereka saling bantu membantu dan tolong menolong dalam perkara yang akan ‘membahagiakan’ mereka di kehidupan yang kekal abadi.
  • Berpuasa sunat dalam bulan Syaaban dapat menjadi lapangan untuk latihan dan mampu menjadi ransangan sebelum ketibaan ujian Ramadhan yang sebenar.
  • Melakukan arahan dan perintah dari seseorang di belakangnya menandakan kita taat, hormat dan kasih kepadanya.
  • Tiada satu pun arahan atau larangan Baginda s.a.w yang sia-sia sebaliknya akan banyak menguntungkan kita. Kenapa? Tak percaya ? Jumpa di sana !.

No comments: