Tuesday, April 12, 2011

Mengapa Utara Tak Di Tawan Portugis

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan  Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di  sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga  dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya  kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke

Asia Tenggara ( Melaka pusat  perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur  barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menhantar perisik  ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511:  Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu  terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini  adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan  dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k  askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang  bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus  asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan  kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat  pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512:Alfonso menghantar  perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk  mendapat segala maklumat yang diperlukan.

Seminggu selepas

FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan  kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik  1.2.3 : selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso : selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa  Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso : Kenapa kuat sangat kah mereka  itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2 : Untuk menawan  melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi,  Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan  pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu  hang..
Perisik 3 : Betoi tu tuan...antaranya hang sihat,hang kuat,hang kentut,hang lekeh, hang  buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana, hang nak pi mana,  hang singgah dulu, bapak hang,mak hang, adik hang,kakak hang,abang hang, tok hang, macam macam lagi  hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi  nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu  Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat  situ.

No comments: