Wednesday, April 20, 2011

Membekal Bunga untuk Kursus

Tahniah kepada Syarikat Aslam Damai yang telah diberi kepercayaan sekali
lagi untuk membekal pelbagai jenis bunga bungaan kepada pelajar pelajar yang
mengikuti kursus gubahan bunga anjuran Pejabat Kemas Negeri Melaka.
Kursus ini akan diadakan pada 22/04/2011 bersamaan hari Jumaat dan seramai
30 pelajar akan menghadiri kursus ini.
Berikut adalah jenis jenis bunga yang akan dibekalkan
1.Bunga Kekwa
2.Bunga Carnations
3.Bunga Baby Breath
4.Bunga Misty Blue
5.Bunga Yellow Fern
Pelajar pelajar akan diberi tunjuk ajar untuk membuat gubahan hiasan meja
(table arrangement style) dan hiasan tangan (hand bouquet)

No comments: