Maaf jika informasi yang saya ingin sharekan ini mengganggu anda. Hanya 3 minit sahaja bakal menyelamatkan anda serta keluarga. Apa yang ingin saya sharekan ini berkaitan "serangan sakit jantung", pembunuh senyap No. 1 di Malaysia. Serangan sakit jantung selalunya datang tanpa diduga. Kekadang kita lihat seseorang tu sihat, tiba-tiba dengar dia meninggal disebabkan serangan sakit jantung.
Semua kita tahu bahawa sakit jantung merupakan pembunuh No. 1 di negara ini selain kemalangan jalanraya. Namun begitu, tidak ramai yang tahu tanda-tanda atau simptom serangan sakit jantung ini. Mungkin nyawa boleh diselamatkan jika seseorang mengetahui tanda-tanda serangan sakit jantung dengan mendapatkan pertolongan kecemasan lebih awal, lebih awal dikesan tandanya, lebih besar peluang untuk pesakit diselamatkan.
Ramai yang berisiko sakit jantung di Malaysia atas faktor pemakanan moden. Kebanyakan penyakit berpunca daripada makanan dari perut, sepertimana disebutkan hadis nabi dan kalaulah kita semua boleh mengambil pengajaran dari hadis nabi yang ringkas. Sakit jantung sebenarnya berpunca dari salur darah yang tersumbat, pengumpulan kolesterol dan lemak dalam dan sekitar jantung sendiri. Ringkasnya, seperti pam air yang berkelodak, lama-lama boleh jammed.
No comments:
Post a Comment