السلام عليكم ورحمة الله وبركاته٬
Orang Kaya Baru
Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah s.a.w Baginda bersabda maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku (Allah) memberikan balasan pahala kepadanya, kerana dia (orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith Qudsi Riwayat Muslim).
Pengajaran daripada maksud hadith:
- Hadith Qudsi adalah firman dengan intipati maksud dari Allah s.w.t yang diungkapkan melalui ucapan dan gaya bahasa dari Baginda Nabi s.a.w.
- Kita patut berasa amat bangga kerana Allah s.w.t sendiri memantau terus ibadah yang kita lakukan untukNya dan di masa yang sama akan menjadikan kita bersungguh-sungguh dengan setiap amalan yang kita kerjakan.
- Mereka yang tidak menyahut atau mempedulikan tawaran daripada Allah s.w.t ini boleh dianggap sebagai seorang yang sombong kepada Allah s.w.t.
- Orang yang berpuasa dengan mengharapkan segala janji dan ganjaran dari Allah s.w.t tetapi tidak melakukan solat seumpama seseorang yang membina sebuah rumah tanpa mendirikan tiang.
- Apakah yang lebih manis dan lebih indah daripada melakukan sesuatu yang pastinya akan menyebabkan dan mendatangkan kasih sayang kekasih kita iaitu Allah s.w.t?.
No comments:
Post a Comment