السلام عليكم ورحمة الله وبركاته٬
Selamat Tinggal Syaaban-25 Syaaban1431
Pengajaran daripada maksud hadith:
- Sikap seorang mukmin yang sejati apabila mereka mendengar pengajaran dari Quran atau Hadith ialah mereka akan merasa setiap perkataan tersebut ditujukan kepada diri mereka sendiri.
- Peribadi hebat Baginda s.a.w, antaranya beliau sentiasa ingat mengingati sesama rakan untuk ketaatan dan kebajikan berbanding kelaziman kita yang sering bertanya tentang makan sahaja ketika berjumpa.
- Nilai sebenar seorang sahabat ialah apabila mereka saling bantu membantu dan tolong menolong dalam perkara yang akan ‘membahagiakan’ mereka di kehidupan yang kekal abadi.
- Berpuasa sunat dalam bulan Syaaban dapat menjadi lapangan untuk latihan dan mampu menjadi ransangan sebelum ketibaan ujian Ramadhan yang sebenar.
- Melakukan arahan dan perintah dari seseorang di belakangnya menandakan kita taat, hormat dan kasih kepadanya.
- Tiada satu pun arahan atau larangan Baginda s.a.w yang sia-sia sebaliknya akan banyak menguntungkan kita. Kenapa? Tak percaya ? Jumpa di sana !.
No comments:
Post a Comment