السلام عليكم ورحمة الله وبركاته٬
Syaitan Dan Senja
Jabir r.a berkata sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda; "Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran
ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja."-Sahih Muslim
Pengajaran daripada maksud hadith:
- Berdasarkan hadith ini, kewujudan makhluk bernama Syaitan tidak dapat dinafikan dan risiko kejahatan yang mampu dilakukannya kepada kita.
- Rasullah s.a.w mengajar umatnya agar bertanggungjawab kepada semua yang dibawah jagaan kita dengan mengambil tahu segala uusan mereka.
- Melihat melalui pemerhatian, orang yang mengetahui bahawa mereka yang dalam kategori 'Lemah Semangat' amat mudah dirasuk gangguan makhluk halus ketika keluar pada waktu ini.
- Ada ketikanya kita tidak dapat memahami dan menyelami sesuatu arahan atau larangan baginda Nabi s.a.w. Namun sebagai orang yang beriman tentunya yakin dangan ayat Al-Quran yang bermaksud "Dan tidak aku utuskan engkau (Wahai Muhammad s.a.w) kecuali untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam."
- Rutin bagi orang yang beriman pada waktu sebegini ialah kesibukan persiapan untuk solat berjemaah di rumah Allah, Surau atau Masjid dan bukannya menyibukkan diri untuk keperluan dunia yang boleh ditangguhkan.
No comments:
Post a Comment